Pages

Sunday, 26 February 2012

MANDI WILADAH: MANDI HADAS BESAR YANG KURANG DIBERI PERHATIAN


Kita memang diwajibkan berniat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh dikira sebagai mandi wajib sahaja.  Sesiapa yang baru lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH. Nahuzubillah'minzaliq...Wallahua'lam.

Oleh itu, kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yang langsung tidak tahu menahu akan hal ini.

Kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang kewujudan mandi wiladah selepas bersalin. Ini adalah bukannya mandi selepas darah nifas kering tetapi mandi sebaik sahaja selepas bersalin iaitu sejenis mandi hadas besar juga di mana sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci.

Perkara Wajib mandi hadas besar; 


Bagi lelaki 2 perkara: 

1. Keluar air mani 

2. Berjimak, waima berjimak kerana berzina pun wajib mandi. Tak keluar mani pun wajib mandi juga. 


Bagi perempuan: 

1, Haid 

2. Wiladah (melahirkan anak) 

3. Nifas 

4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun wajib juga mandi. 

Biasanya, wanita keliru (apatah lagi lelaki) berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak, setiap wanita ISLAM wajib mandi: 

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH) . Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar. 

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. 

Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan: 

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".

Mengingatkan petua orang tua-tua ketika pantang di mana wanita tidak dibenarkan membasahkan kepala kerana dikhuatiri masuk angin dan sejuk. Ini membuatkan kita terfikir balik bahawa tidak perlu sampai ketepikan agama semata-mata mahu mengikut pantang-larang yang belum pasti kesahihannya.   

Lagipun mandi wajib selepas melahirkan itu hanya  SEKALI sahaja bagi setiap kelahiran. Katakanlah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang, dalam masa 40/60 hari, cuma sekali sahaja mandi dan basahkan rambut, bukannya setiap hari. Mandilah dengan air panas dan kita tak disuruh mandi dengan air sejuk. Cuma pastikan air itu tidak menjadi air musta'mal. Itu sahaja. 

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, diharap tidak mengambil remeh perkara ini. Yang lelaki, ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan anda. Dan yang perempuan tu, ingatkanlah diri anda dan saudara-saudara perempuan yang lain. InshaAllah.

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama. 

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment