Pages

Sunday, 26 February 2012

ZIKIR HARIAN


  • HARI AHAD : Ya Hayyu Ya Qayyum (1000X )
  • HARI ISNIN : La haula wala quwwata illa billa hil ‘aliyyil ‘a ziim (1000X)
  • HARI SELASA : Allahumma salli ‘ala ‘abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa’ala alihi wasahbihi wasallim (1000X)
  • HARI RABU : Astagh firullahal ‘a ziim (1000 X)
  • HARI KHAMIS : Subhanallahii ‘a ziim , Subhanallahi wabihamdihi (1000 X)
  • HARI JUMAAT : Ya Allah (1000 X)
  • HARI SABTU : La ilaha illallah (1000 X)

ZIKIR DALAM 7 KEADAAN

Seorang ahli zikir, Asy-syaikh Al-Faqiih Al-Laithi pernah berkata : "Sesiapa yg memelihara (selalu mempergunakan) tujuh aneka kalimah berikut yang digunakan dalam 7 keadaan , maka InsyaAllah akan tergolong kalangan mulia menurut pandangan Allah dan para malaikat-Nya, dan Allah akan terus mengampuni dosanya sekalipun bak buih lautan luas, seterusnya dia akan termasuk orang yg memperoleh kemanisan iman InsyaAllah juga mendapat keredhaan pada hidup dan matinya."

 
7 kalimah itu adalah :
  • Bismillahhirrahmannirahim – Ketika memulai sesuatu perkara yang baik.
  • Alhamdulillahhirabbila’lamin – Ketika sudah selesai sesuatub perkara yang baik.
  • Astghfirullahhala’zin – Ketika melakukan perbuatan yang dosa dan sia-sia.
  • InsyaAllah – Ketika hendak berjanji atau melakukan sesuatu kerja.
  • LahaulawalaQuwwatailbilah – Ketika mengahadapi sesuatu kerja yang agak sukar,
  • Innalillahiwainnalillahirajiu’n – Ketika ditimpa sesuatu dugaan.
  • Lailahaillah, muhammadurrasullah – Setiap masa.. siang dan malam.. susah dan senang..
SELAMAT BERAMAL!


No comments:

Post a Comment