Pages

Monday, 27 February 2012

KHASIAT BUAH PISANG



Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, mungkin korang tidak menduga bahawa sesederhana buah pisang yang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

Berikut adalah senarai manfaat dan khasiat buah pisang:

Perlindungan Kardiovaskuler Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi danatherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata
Ketika kecil, orang tua korang tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Studi yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dancarotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang akut ini.

Memperbaiki Tulang 
Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh korang menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar korang. Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganismjahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal 
Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh. Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.

Beberapa Tips Tambahan: 
  1. Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)
  2. Jika korang ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar.
  3. Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwich atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat. Selain itu, korang juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar korang.

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH (PART 2)

Perubatan Pintar

8. Cekur bermanfaat bagi menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Apabila korang batuk2, ambillah satu cubit akar cekur. Kupas dan tumbuk akar cekur itu. Kemudian, masukkan ia ke dalam 1 cawan air suam. Biarkan antara 10 hingga 15 minit lalu tapis airnya. Tambah setengah sudu besar madu dan minumlah sementara ia masih suam. Selain mengubati batuk, sifat cekur yang panas juga dapat memanaskan badan.

9. Akar cekur bermanfaat bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit yang berkaitan dengan pencernaan. Apabila perut korang sakit, ambillah dua cubit akar cekur dan dua ulas bawang merah. Tumbuk kedua-duanya hingga halus. Kemudian, bungkus dengan daun. Bakar ramuan itu lalu sapukan pada perut.

10. Apabila kawasan korang dilanda banjir, jaga kesihatan supaya tidak sakit. Jaga suhu badan, kaki dan tangan serta sediakan herba bagi merawat penyakit yang timbul akibat banjir. Sediakan juga ubat rematik dan lelah, garam dapur, minyak kayu putih, balsam pala dan kurma jika ada. Jangan minum air dan makan makanan yang tidak jelas kebersihannya. Cucilah tangan sebelum memegang makanan dan minuman. Pastikan hanya air bersih yang digunakan bagi mencuci pinggan mangkuk. Bungkus gelas, cawan, pinggan dan sudu garfu di dalam kain ataupun kertas. Ini bagi memastikan ia sentiasa bersih dan kering. Sediakan dua pasang selipar. Satu dipakai di dalam rumah dan satu lagi dipakai apabila ingin keluar. Pastikan masyarakat kawasan  korang juga menjaga kebersihan.

11. Cacing adalah parasit yang sering ditemui di dalam badan manusia terutamanya kanak2. Apabila korang ada cacing di dalam badan, dapatkan tiga cubit halia yang dihiris nipis. Tambahkan tiga gelas air. Rebus campuran itu hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tapis campuran itu. Tambah dua sudu besar madu dan kacau hingga rata. Minum campuran itu sebanyak tiga kali sehari iaitu separuh gelas setiap kali minum. Lakukan hingga cacing keluar.

12. Buah pinggang adalah organ penting yang berperanan dalam proses perkumuhan. Jagalah kesihatan buah pinggang korang dengan cara menyediakan ramuan yang terdiri daripada satu genggam pasli yang direbus dengan 1.5 liter air hingga mendidih. Minum satu cawan atau 150 mililiter campuran itu setiap hari. Kemudian simpan bakinya di dalam peti sejuk dan ulangi setiap hari. Ramuan ini bukan hanya dapat memelihara buah pinggang bahkan mengubati gangguan pada buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang di dalam buah pinggang.

13. Kadar kolesterol yang tinggi merosakkan pembuluh darah dan menjejaskan fungsi jantung. Apabila kita berdepan dengan kadar kolesterol tinggi, atasi keadaan itu dengan segera. Caranya adalah dengan  mendapatkan dua ulas bawang putih dan kemudian kukus hingga 15 minit bagi meghilangkan baunya. Makanlah bersama sarapan ataupun makan tengah hari. Selain menyeimbangkan kadar kolesterol, bawang putih juga dapat mencegah penggumpalan darah dan serangan jantung.

14. Rasa mual adalah gejala penyakit yang menyerang sistem pencernaan, baik saluran pencernaan mahupun kelenjar2 pencernaan. Amalan mengambil antasid apabila mual adalah amalan yang tidak elok. Terdapat cara mudah bagi mengatasinya. Campurkan setengah biji pala dan tiga lembar daun pudina segar. Tumbuk hingga halus dan tuangkan secawan air panas. Kemudian biarkan selama 10 minit. Tapis campuran itu dan tambah satu sudu besar madu sebagai pemanis. Minumlah semasa perut kosong.

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH (PART 1)


Perubatan Pintar

1. Apabila kita mengalami keracunan, ambillah 50 gram daun cincau. Perah dalam empat gelas air hingga air menjadi hijau. Biarkan ia sebentar dan kemudian tambah lima sudu nira. Kacau hingga rata dan minumlah dua kali sehari. InsyaAllah, keracunan ditawarkan. Jika kita tak sempat membuat cincau, carilah cincau hijau di pasar sebagai gantinya.

2. Sembelit berpunca daripada pemakanan tak seimbang. Apabila kita mengalami sembelit, tambah pengambilan air dan makanlah bayam. Ini kerana bayam adalah pelawas yang baik. Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil yang membantu meningkatkan metabolisme dan kekuatan otot dan mencegah serta menyembuhkan anemia.

3. Proses berbekam mengeluarkan darah yang tak berfungsi akibat radikal bebas. Apabila darah itu terbuang, diharapkan sel-sel darah baru terbentuk. Ini seterusnya meningkatkan kesihatan dan stamina.

4. Hidung berdarah disebabkan rendahnya ketahanan pembuluh darah rambut. Dalam tradisi perubatan nabi, ia diatasi dengan meminum sirap epal dan sup ataupun soto ayam. Pengambilan epal membantu meneutralkan ikatan radikal bebas pada sel-sel darah yang menyebabkan darah sukar membeku. Ini kerana epal mengandungi antioksida dan vitamin A serta C. Sup ayam pula mengandungi protein dan kalsium yang menguatkan ketahanan pembuluh darah rambut.

5. Dalam tradisi masyarakat Indonesia, belimbing yang masam sering digunakan sebagai campuran masakan. Ia mengandungi flavonoid, kalsium dan kalium. Ia bermanfaat bagi mengubati jerawat dan gusi berdarah. Caranya, rendam belimbing di dalam madu selama 3 hingga 4 hari. Kemudian makanlah 3 hingga 4 biji sehari.

6. Biasanya gejala demam panas disebabkan kepanasan di dalam darah. Dalam keadaan ini darah perlu disejukkan dari permukaan. Selepas demam reda, berbekamlah bagi meredakan tekanan darah. Selain itu, minumlah pati teh masam ataupun teh yang ditapai bagi menyeimbangkan antara panas dan sejuk. Ini kerana rasa masam bersifat sejuk.

7. Sakit ulu hati, mual, muntah dan perut kembung seringkali menyerang anggota masyarakat. Penyakit-penyakit itu mirip gejala dyspepsia. Apabila korang terkena penyakit-penyakit ini, ambillah dua cubit kunyit dan secubit temu putih yang dihiris nipis. Rebus kedua-dua bahan itu di dalam air 500 mililiter hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tambah 125 mililiter madu asli. Minum campuran ini sebanyak 3 kali sehari iaitu 50 mililiter setiap kali minum.

JAGA PEMAKANAN KETIKA PEPERIKSAAN



Menyiapkan diri anak-anak dari segi fizikal dan emosi amat penting terutama ketika mereka sedang menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung sekarang.

Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan kerana dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan.

Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.

Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan.

Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.

Begitupun, ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri akan mengantuk.

Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup kerana kurang tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap.

Amalan pemakanan sihat ketika peperiksaan.

- Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protein kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam.

- Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat.

- Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.

- Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu rehat.

- Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini boleh menyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan

- Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur.

- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya ingatan.

- Kalau ada masa, lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.

MAKANAN CENDEKIAWAN ISLAM



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.

Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal”.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

“Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T”

TIPS UNTUK KURUS SECARA SEMULAJADI



Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.

JANGAN BERLAPAR 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI 
Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 

- Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang. 

- Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. 

- Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 

- Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 

- Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan. 

- Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 

- Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 

- Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan! 

- Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi. 

- Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 

- Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 

- Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 


BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING

1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 
Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.

2. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam. 

3. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. 

4. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

DOA KHUSUS ELAK ROGOL DAN CABUL



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah dipaparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE, WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Terdapat satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, admin sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Oleh: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (zaharuddin.net)

Wallahu’alam…

ADAB SEMASA MAKAN

MAKAN dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan. Rata-rata kita sebagai orang Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Bagaimanapun, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan agama. Tepatnya, ajaran Islam dan menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencakupi semua aspek kehidupan, termasuk ehwal makan. Jadi, ada makanan halal dan ada yang haram. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia.

Bagaimanapun, makan di dalam Islam tidak terbatas kepada soal halal dan haram sahaja. Adab atau tatacara makan juga ada ditetapkan Islam. Antaranya, posisi semasa makan, doa-doa sebelum dan selepas makan hingga kepada menggunakan tangan semasa makan.

Duduk adalah posisi yang paling baik untuk makan dan minum. Riwayat menyatakan bahawa Nabi s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk.

Hikmahnya: Tidak ada pakar kesihatan yang mengatakan bahawa makan hingga terlalu kenyang adalah baik untuk kesihatan kerana makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah.

Untuk mengelakkan perkara ini, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk, bahagian bawah perut akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, ia sudah kenyang. Bagaimanapun, apabila berdiri atau duduk di kerusi, perut mampu menerima makanan tanpa terkawal. Ibarat belon yang tidak ada cengkaman, ia dapat terus diisi dengan angin hingga akhirnya meletup.

Jadi, hidupkan semula budaya Islam dengan makan sambil duduk di atas lantai dalam keadaan bersila atau bersimpuh. Tambahan pula ia adalah sunnah Nabi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”

Doa sebelum makan yang berbunyi: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka)

Hikmahnya: Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah, kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan, umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.

Malah, ada manusia yang dihumbankan ke dalam api neraka kerana makan makanan yang haram. Kita juga tidak mampu mengetahui sebenar-benarnya, adakah makanan yang kita makan itu seratus peratus halal atau tidak. Jadi, kita perlu berdoa agar terhindar daripada api neraka kerana kelalaian memilih makanan.

Di samping itu kita disaran membaca Bismillah sebelum menjamah makanan. Hikmahnya: Memulakan makan atau minuman dengan membaca Bismillah dapat mengingatkan seseorang kepada Allah. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang.

Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”

Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.

Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.

Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.

Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.

Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.

Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.

Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.

Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.” 

Hikmahnya: Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.

Dalam peradaban makan bersama, jangan ada yang bangun terlebih dahulu sehingga yang lain semua sudah selesai makan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.” 

Hikmahnya: Inilah antara keindahan peradaban makan dalam Islam. Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Melalui cara ini, diharapkan perasaan rakus dan mementingkan diri akan terkawal dan semangat mengutamakan orang lain dan bertolak ansur dapat terbina pada diri orang berkenaan.

Akibat daripada hilangnya budaya ini dalam majlis-majlis makan masa kini, kita dapat melihat, khususnya pada generasi anak-anak yang bersikap biadab, tamak, dan mementingkan diri sendiri.

Kita juga disaran membaca doa selepas makan, yang berbunyi, “Alhamdulillahiladzi ata´manaa wa saqaanaa wa jaa´lanaa muslimin.” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami di kalangan orang-orang Muslim)

Hikmahnya: Segala kebaikan datangnya daripada Allah, apa jua kebaikan yang Allah mahu berikan tiada yang dapat menghalangnya dan apa jua keburukan yang dihalang oleh Allah, maka tiada siapa yang mampu mengenakannya.

Dengan membaca doa ini, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki dan tidak keputusan kerana Allah swt menjanjikan orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat-Nya.

Mudah-mudahan dengan doa ini, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan.