Pages

Monday 27 February 2012

TIP SIHAT GAYA RASULULLAH (PART 1)


Perubatan Pintar

1. Apabila kita mengalami keracunan, ambillah 50 gram daun cincau. Perah dalam empat gelas air hingga air menjadi hijau. Biarkan ia sebentar dan kemudian tambah lima sudu nira. Kacau hingga rata dan minumlah dua kali sehari. InsyaAllah, keracunan ditawarkan. Jika kita tak sempat membuat cincau, carilah cincau hijau di pasar sebagai gantinya.

2. Sembelit berpunca daripada pemakanan tak seimbang. Apabila kita mengalami sembelit, tambah pengambilan air dan makanlah bayam. Ini kerana bayam adalah pelawas yang baik. Bayam juga mengandungi zat besi dan klorofil yang membantu meningkatkan metabolisme dan kekuatan otot dan mencegah serta menyembuhkan anemia.

3. Proses berbekam mengeluarkan darah yang tak berfungsi akibat radikal bebas. Apabila darah itu terbuang, diharapkan sel-sel darah baru terbentuk. Ini seterusnya meningkatkan kesihatan dan stamina.

4. Hidung berdarah disebabkan rendahnya ketahanan pembuluh darah rambut. Dalam tradisi perubatan nabi, ia diatasi dengan meminum sirap epal dan sup ataupun soto ayam. Pengambilan epal membantu meneutralkan ikatan radikal bebas pada sel-sel darah yang menyebabkan darah sukar membeku. Ini kerana epal mengandungi antioksida dan vitamin A serta C. Sup ayam pula mengandungi protein dan kalsium yang menguatkan ketahanan pembuluh darah rambut.

5. Dalam tradisi masyarakat Indonesia, belimbing yang masam sering digunakan sebagai campuran masakan. Ia mengandungi flavonoid, kalsium dan kalium. Ia bermanfaat bagi mengubati jerawat dan gusi berdarah. Caranya, rendam belimbing di dalam madu selama 3 hingga 4 hari. Kemudian makanlah 3 hingga 4 biji sehari.

6. Biasanya gejala demam panas disebabkan kepanasan di dalam darah. Dalam keadaan ini darah perlu disejukkan dari permukaan. Selepas demam reda, berbekamlah bagi meredakan tekanan darah. Selain itu, minumlah pati teh masam ataupun teh yang ditapai bagi menyeimbangkan antara panas dan sejuk. Ini kerana rasa masam bersifat sejuk.

7. Sakit ulu hati, mual, muntah dan perut kembung seringkali menyerang anggota masyarakat. Penyakit-penyakit itu mirip gejala dyspepsia. Apabila korang terkena penyakit-penyakit ini, ambillah dua cubit kunyit dan secubit temu putih yang dihiris nipis. Rebus kedua-dua bahan itu di dalam air 500 mililiter hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tambah 125 mililiter madu asli. Minum campuran ini sebanyak 3 kali sehari iaitu 50 mililiter setiap kali minum.

No comments:

Post a Comment